Sunday, December 20, 2009

Tatkala Azan Berkumandang

Dari dulu lagi aku berhasrat ingin menulis dan menaip blog, halangan masa dan tarikan game PES yang membuatkan aku tidak sempat sempat untuk mendaftar di laman web blogger ini. Alhamdulillah, berjaya juga hari ini aku menulis (menaip ke menulis? ) blog ini, tatkala azan sedang berkumandang. (Hmm, azan maghrib )

Aku secara rasminya dah decide nk taip ( tulis ke taip ?) blog ini dalam dwi-bahasa. Orang kata jangan lupa bahasa kita, nanti lupa bangsa. Jadi benarlah kata kata peribahasa, 'budi bahasa budaya kita'. (tak pasal pasal) Bila cakap pasal bahasa, teringat pulak aku time time sekolah menengah dulu. Setiap hari isnin ada official assembly, pastu kene lak nyanyi lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Pada pendapat aku, lagu ini amat menarik. Aku tak tau la nape aku pikir camtu. (walaupun budak budak banyak nyampah gile lagu ni). Secara konklusinye, bahasa kita sendiri tu penting. Kalau bukan kita yang nak mertabatkan bahasa kita, sape lagi ? Takkan nak suruh cikgu bahasa melayu kat sekolah menengah tu je yang cuba menegakkan bahasa kita ? Kadang kadang aku terfikir gak. Walaupun aku ni takde la nk kate power sangat BM masa sekolah dulu, tapi aku menghargai jugak la bahasa ibunda yang tercinta ni. ( padahal tulis blog pon gune bahase pasar).

Banyak budak budak zaman sekarang cakap, "ape kelas tgk movie melayu.." (termasuklah aku ;D), tapi sebenarnya bahasa melayu la yang paling senang sebenarnya. ' Our mother-tongue language' , bak kate orang putih. Mase time sekolah dulu, memanglah English macam senang gile, tapi kalo korang amek futher study english ke, amek SAT ke, amek TOEFL ke, baru korang mula nk sayang bahasa Melayu yang indah ini. (ceyh padahal kene kat batang idung sendiri).
Kesimpulannya, kalau korang dah power gile tahap sifu storm rider dalam English, jangan la lupe kat ' Our mother-tongue language' atau lebih senang disebut, Bahasa Melayu. :)





No comments:

Post a Comment